Sebab Utama Perlu Buat Website
7 sebab kenapa anda perlu ada website. Part 1
Waktu operasi anda 24 jam tanpa tutup.
Kita bayangkan satu situasi nak beli barang dan kedai semua dah tutup. Contohnya nak beli rokok.
Macam mana nak dapatkan barang tu? Takkan nak ketuk pintu kedai sampai bukak semata-mata nak dapatkan satu barang je. Alamatnya esok pagi la jawabnya pergi beli. Alternatif terbaik untuk dapatkan juga barang tu adalah dekat 7-eleven. Sebab kedai ni memang terkenal sebab ianya beroperasi 24 jam. Banyak juga barang yang boleh kita beli dekat situ. Kalau dalam situasi tadi nak cari rokok, memang ada jual. Tapi kalau habis stok tak boleh buat apa la kan.
Jadi begitulah juga kalau website korang yang beroperasi 24 jam. Kalau anda buat kedai online, pada bila-bila masa orang boleh lihat barang dan buat pembelian. Bagi blogger pula, orang yang mencari maklumat akan mengunjungi blog anda tidak kira masa.
Ini akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu pengguna / pelanggan dan anda sebagai blogger / owner bisnes. Tiada limit masa untuk berurusan.
credit to penulis buckreedotcom
https://lamanwebjenamaanda.wordpress.com/
Comments
Post a Comment